Filed under: Diari
Hari sudah msuk hari kedua aku menjalani latihan praktikal di “Customer Service Department, Naza Kia Sdn. Bhd.
Seperti biasa sebagai orang baru, pagi hari pertama dimulakan dengan sesi perkenalan @ taaruf…huhu.. masa ni aku dibawa meronda2 satu bangunan biru setinggi 12 tingkat..
Selesai sesi taaruf, bermulalah kehidupan sebagai “pelatih”. Tugas pertama yang diberi “menguruskan sistem e-link’ naza kia.. Orang yang betanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar, adalah Sebastian. Aku pun belajar la untuk memahami sistem tu dan beberapa rantaian kepada sistem berkenaan. Kemudian aku diberi ujian. Sebastian suruh aku ulang balik apa yang diajar dan praktikkan. Yang best nyer tentang Sebastian, dia sangat2 mengambil berat dan bole tanye bler2 mase jer bler ak tak paham..
Lepas tu, keje semakin mencabar, punggung tak panas lagi dok kat atas kerusi empuk ni, da kene call customer.. huh! kecut perut aku time tu.. tapi takkan kate tak bole plak kan.. jatuh r maruah aku, tercalar la maruah uitm kalo aku tolak tawaran tu… nasib baik ok…
overall, aku puas hati la praktikal kat cini.. sume orang kat department ni baik2 belaka n peramah.. selain tu, Manager & geng2 executive sume tak kedekut ilmu tok share ngan aku, walaupn pada hakikatnya aku hanya budak praktikal..
Filed under: Diari
Dalam hidup kita sebagai manusia, bukan semua perkara yang kita inginkan dan hajati akan menjadi milik kita. Bukan semua perkara yang kita sayang akan jadi hak kita.. dan bukan semua orang yg kita sayang, menyayangi kita sebagaimana kita sayang pada mereka..
Sekarang ini, baru aku sedar segalanya.. semuanya terungkap dengan reaksi dan kata2 yang terpacul keluar dari mulut die.. apa2pun, segala kebaikan yang pernah aku curahkan, aku lakukan segalanya dengan ikhlas dan atas dasar persahabatan dan persaudaraan..
Hari ini, sudah tiba masanya untuk aku melupakan dia.. meskipun pahit untuk aku terima..tapi aku terpaksa. kerana menyayangi orang yang tak pernah menghargai kita, jauh lebih memedihkan dan memeritkan..
Yang berlalu, biarkan ia berlalu
Filed under: Diari
Ari ni ari cuti…cuti rehat untuk sume yang mengikuti kursus ITIl..
So, ape lagi..aku, ainun n nona da wat plan..nak g shoping kat mid valley..sebb sale pn da start..
Kite org kuar kol 9 pagi, ari tu & batlik pukul 12 malam..haha..
Ngah sibuk2 shoping kat jusco n metrojaya mid valley, tetibe Ash@Cipoh nk dtg join kiter org..
Ari tuh ak abis dalam RM700.00.. aku beli baju n seluar tok praktikal, kasut nike, tali pinggang & beberapa barang keperluan lain..
Ash abis RM400.00. die beli beg guess.. letih gler jalan ari tu.. kiter org pergi mid valley, robinson n the garden…
KOl 9 lebeh kiter org kuar dari mid valley…setibenye die KL sentral, terserempak pulak ngan kawan kite org..
Nina nama die..sambil2 tggu bas U80, kiter org lepak2 and borak2 pasal ITIL & modul soft skills.haha. Lama giler kene tunggu bas U80, adela dalam sejam lebih… rupe2nye kite org silap tempat menunggu..huhu..seminit lepas kiter org beredar ke tempat menunggu yang sebenar, bas U80 pn muncul…
Filed under: Diari
Walaupun dalam kelas, ak tak menumpukan perhatian pada tajuk @ topik @ modul yang diajar oleh Pak Erfan..
Aku patut bersyukur, sbb ak dah lulus exam IT for Infrastructure Library (ITIL)…dan bakal dianugerahkan pentauliahan professional..
Mase dalam kelas, sume “classmates” aku tau ape yg aku buat..ak mesti cari “prot” belakang..
sebab senang ak ngak chating n access internet..haha..
tapi, aku still beri tumpuan sebenarnya, & aku wat gak latihan yang Pak Erfan bagi (308 soalan), Soalan Miss Larva (40+109 soalan)..
Mase exam, aku da buktikan..walaupun ak tak amik peduli sgt dalam kelas, tapi ak adalah org yg terawal yg kuar..tapi yang paling best, sume budak customer service kuar awal..
Tapi mase aku “click” butang “finish” tuh, takot gak, tetibe fail kan..nasib baik aku lulus..aku dapat 80/100..
Sikit je..tapi takpe la janji dapat sijil dari vendor….
Filed under: Uncategorized
Pic budak Claz aku
Mase ni lepak kat lepak kat MC D .. Bkn lepak sesaje, kite org wat Dialog Mandarin (ORal test)
Aku n Yana, Malam Pra-Graduan..
Filed under: Uncategorized
24hb Nov, kursus ” Information Technology Infrastructure Library (ITIL)” pn bermula.. first day kursus ni start aku ‘overslept” plak. yela, da lame tak bangun awal lepas abis final exam ritu, tetibe jer nak kene bangun awal balik. memang azab.. haha.
Naseb baik ade “yana” yg bertindak sbg penyelamat time tu..
Secara keseluruhan, kursus ni agak bosan.. sbb aku terpaksa dok dalam group yg aku tk kenal sape2, n sehari kene habiskan 4 modul.. berapi telinga aku..
Lecturer @ trainer yg aja plak from indonesia, huh, bler die “speaking”, susah betol nak paham.. die pun cakp indon gak..nasib baik ak penah g indon dulu, n bayk tengok citer indon. so tak de masalah sangt nak paham cakap die.. lagipun die gune “words” yg simple2 jer..
Filed under: Uncategorized
Di saat aku, menulis “entry’ ni, aku rase bosan sangat. Tak tau la kenape.. Aku baru je lepas daftar ITIL ngan yana & dayana tadi.. aku ingat kan proses “register” tu lame,tapi kejap jer. aku ingatkan aku boleh bersama2 kawan2 lame, tapi kejap jer..
Hidup aku ni, byk dihabiskan mase bersama kawan.. aku rasa selesa & senang bersama kawan2. tapi, kawan2 tak tau la camner. Kadang2 terasa bagai diri ni dah tak de tempat nak bergantung biler tak de kawan disisi, tak de tempat nak bercerita biler tak de kawan bersama aku & tak de tempat berkongsi suka dan duka bler tak der kawan2.. kawan ibarat nyawa bagi aku. kawan ibarat tulang belakang yang menyokong setiap pergerakan aku. kawan juga ibarat pendorong, yang mendorong setiap langkah berani & gagah aku.
Tapi kenapa, disaat aku perlukan kawan, tidak seorang kawan pun yang bertandang? tidak seorang pun yang mahu bersembang? sedangkan, disaat kawan aku perlukan aku, aku pasti ada, untuk mendengar setiap cerita, menghiburkan hatinya yang duka, keliru dan tidak paham apa..aku pasti disisinya, memberikan penjelasan dan memberikan kefahaman kpd mereka.Tapi mengapa mereka tidak seperti aku, yg boleh hadir bila saat diperlukan? Soalan inilah yg silih berganti, di dasar hati…
Filed under: Uncategorized
Ari da masuk 3 hari, abis exam. Tapi ari ni adalah ari yg paling bosan. Sebab bdk uma aku sume da abis exam. n da ramai yang balik uma masing2. jd tggal la aku sorang. aku tak bole balik Terengganu, kampung halaman, tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. sebabnyer aku join kursus tok final year student kat uitm. Kursus ni memang best & kos nyer tinggi kalo aku wat kat luar. ader la dalam rm4800. tapi disebabkan kursus ni kolabrasi antara uitm dan kementerian pengajian tinggi, kos ni FOC (free of Charge).
Tapi sementara nak tggu kursus ni “start”, aku rase cam bosan jer. Yela dok sorang2 & tak der kawan yang leh borak2, gurau senda, dan yang paling penting leh jalan2.haha.. tak sabar nak tggu kursus tu start. nanti leh jumpe kawan2 ak lagi.
Kadang2 rase nak nangis jerk.yela bosan tau dok sorang2.. semalam and ari ni aku habiskan mase ngan wat report debate n kemas notes n buku untuk disedekahkan pada junior yg sudi tok terima notes aku. sebelum ni, aku tak penah bagi kat junior, sbb aku sayang buku n notes aku. tapi aku teringat plak kat pesan ustazah mase sekolah dulu, perkara yang bermanfaat lepas kiter da takder adalah ilmu yang dimanfaatkan selain sedekah jariah & doa dari anak yg soleh..
Saat ni, aku pun terpikir gak, entah aperla yang kawan2 aku buat maser ni.. Ingat lagi ker die orang kat aku? atau “dia org da benci aku ke?”, da tak mau kawan dengan aku lagi ker?.. mungkin die org ngah seronok. yela, dorang blk uma n mgkn de kawan2 laen dikeliling mereka.. tak macam aku.. sunyi dan sepi.. terpaksa la aku layan lagu-lagu sedey…huhu..
hayatilah lirik lagu ni…layannnnnn..
(1)
Sahabat…
mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
(2)
Aku dan Kenangan
Sunyi dan sepi
Tiada bintang yang berkerlipan di langit yang biru
Tiada.... kawan untuk ku berkata-kata
Dan bersenda
Ku nanti dikau
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya yang aku nantikan tak kunjung tiba
chorus:
Tiada kata tiada pesan
Untukku yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan ku ditinggal
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada ... kasih
Tersenyum aku........ sambil menitiskan airmata
Mengenangkan dikau
Yang tinggal hanya gambar jua tanda mata dan kenangan
Tiada terduga
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah kita kan bersua lagi (3) Coba , Faizal Tahir Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau andai Bila ku perlu Tuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenangkan merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku Pada mu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihat mu Pernahkan kau ada Bila ku perlu tuk menyatakan Rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu Setia ku menunggu Agar senang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku Maafkan kerana ku tak pernah Terlintas tuk menulis padamu Salahkan ku Tak mungkin lagi aku meminta Untuk kau mendengar.. Untuk kau melihat ke mata ku.. Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku padamu..Kangan bangat, sama teman2...
Filed under: Uncategorized
Malam tu, kite org balik pukul 3 pagi dari summit. memandangkan sume sakit tekak sebab melalak tahap cipan, masing2 bersetuju untuk singgah minum n lepak2 kat dataran s.alam. dipendekkan cerita, sambil dok minum2 tu, timbul la idea tentang aktiviti tok ari esok (14 November 2008). Tapi mase tu kedai pun da nak tutup, jd kiter org pn beredar la, n lepak kat tepi kolam kat dataran. mase tu mcm2 idea yg kuar. De yang nak pegi zoo, g melaka, g genting, tasik titiwangsa n cameron. Hay pulak merancang nak pegi pusat akuatik. mase tu aku sependapat ngan hay. tapi memandangkan pusat akuatik tu “wajib pakai swimming suite”, idea ni dibatalkan serta merta, tanpa sebarang notis.haha. Memandangkan sume org mase tu gler nak swimming, de la dikalangan kite org yang bercadang tok gi sunway lagoon. so, muktamad la sunway lagoon destinasi cinta kite org.haha..
Pastu sume org bertolak balik ke uma masing. Hay anta ak malam tu. Tetibe aje, esok pagi, ima kata tak jd nak g sunway lagoon. sbb de masalah..masalah pompuan.hehe. so on da spot ima tukar plan nak g Port Dickson (PD). Aku tak kesah pn. Ak on jerk.. Bab2 jalan ni ak boleh jer. Layann… Hanya aku berlima yang pegi..Nona, MIe, Hay, Ima & NAd.
Kite org bertolak dari uma nad dalam pukul 12.30 camtu. sblm tu ak lepak kat uma Nad. Tolong nengok wan gubah hantaran tok majlis pertunangan abang nona.
Maser dalam perjalanan tu, mmg menyeronokkan. yela, bkn selalu dapat peluang kuar ngan kawan2 camni. Sume orang excited nak naek banana boat mase tu, n excited nak swimming.haha Perjalanan dari shah alam ke PD mengambil mase selama 2 jam lebeh.
Sesampai jer kat PD, kiter org singgah kat watson, beli sunblock.haha. Almaklumlah, budak2 pompuan tu sume nye kulit cerah. takot jadi gelap. aku ni mmg da sedia gelap, so tak kesah sangat. tapi alang2 da beli tu, aku pakai la jugak. Setibanya di pantai, masing2 da tak sabar nak mandi. Terus tukar baju kat dalam kete jer..haha. aku pn join skali. tapi jgn sala paham. kiter org da pakai siap2 kat dalam baju mandi. so just buang lapisan yg pertama jela..
Sebelum mandi, kiter org dijamu nasi lemak sambal udang + sotong, masakan istimewa dari ima.. mmg best ima masak. sume org puji. mase tu, hay menyapa, “azmi, nanti kite kene bawk ima di study kat uk, die kene jadi tukang masak”. haha… Lepas je sesi makan2, kite org terus cari pakcik yg incharge banana boat. mase tu nad bukan maen excited lagi.. die ckp kat pak cik tu, nak jatuh 3 kali..
Perjalanan bermula di atas banana boat. Nona tak naek banana boat sebb masalah kesihatan. jd die naek bot ngan pakcik tu. so nona ditugaskan tok amik pic kiter org.
dari kiri: Hay, azmi,ima & Nadz.
gambar ni diamik slps kiter org dijatuhkan dari banana boat.. best gler…
Sebelum perjalan bermula..geng kite org yg 4 kat depan jerk..yg blakg tu, entah sesape jer.
Maser ni, kiter org kene panjat sendiri naek banana boat..keempat-empat kite org berjaya naek sendiri.haha..sempat lagi posing.
gambar ni diambil, selepas kiter org da abis mandi n bersiap2 tok balik s.alam.. sempat gak aku merakam kenangan, bergambar depan kete hay.. sblm balik s.alam kiter org singgah makan kat kedai nasreen (master in seafood). haha.. sume makan tomyam. layan dowh.. best gler..
Buat, Haya, Ima, Nona n Nad..
Terima kasih sebab memberikan aku kenangan yang gembira dan membuatkan aku gembira…
Jujurnya, memang seronok hangout ngan korang, kenal korang, n kawan ngan korang. sbb kiter sebenarnya satu kepala, punyai keinginan dan cara berseronok yg sama.. Special tanx wat hay yg merelisasikan impian aku tok naek myvi putih, kepunyaannya die.. ima, tanx untuk nasi lemak n tanx kerana sudi meluangkan masa kuar ngan aku, dan gembirakan aku, pada saat2 aku buntu tak tau nak watpe, sbb bdk clas aku takde..wat nad, tanx for asam n tanx sbb join trip ke PD n sonok kaco ko.. Wat nona @ mok coh, tq gak sbb bwk kiter org mandi kat tmpat yg best n tq for being my frenz. syg korang.. next time, make sure plan kiter nak g pulau menjadi realiti.. fantasi mesti jd realiti..
Filed under: Uncategorized
Kiranya aku tiada lagi teman
akan ingatkah kalian padaku
Pada gurauan dan rajukan manja
Pada bicara tanpa wajah dan suara
yang mengisi suasana ceria
Kiranya aku tiada lagi teman..
akan rindukah kalian padaku
pada usikan nakal menduga
pada skrin ditalian cyber
yang mengisi masa-masa luangmu
Kiranya aku tiada lagi teman
kenanglah aku disudut hati kalian
Maafkan juga tiap kesalahanku
doakan kesejahteraan buat diriku
dalam kembaraku membina impian.
Kiranya aku tiada lagi teman
Akan pernahkah terlintas di benak kalian
Bahawa kita pernah bersahabat,
Membina impian, dan sama-sama mengejar cita-cita.
Kiranya, aku tiada lagi teman
Akan terlintaskah di benak fikiran kalian,
Kita sama-sama memburu masa depan,
Mencipta bidikan emas untuk satu harapan bersama
Percayalah temanku sayang
Perpisahan memang dicipta untuk sebuah pertemuan
Jika singkat didunia mungkin kekal di akhirat
Teman……
Nukilan azmi mat





